Peraturan-peraturan Musolla Al- Mustaqim

  1. Para pelajar mestilah beradab ketika berada di dalam musolla. Sebarang tingkah laku yang tidak sepatutnya adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  2. Para pelajar wajib menjaga kebersihan dan keceriaan musolla. Mana-mana pelajar yang didapati mengotorkan musolla akan didenda.
  3. Para pelajar wajib menyertai semua aktiviti yang dijalankan di musolla pada waktu antara maghrib dengan isyak kecuali dengan kebenaran.
  4. Para pelajar mestilah menjaga ketenangan dan ketenteraman musolla. Pelajar dilarang untuk membuat bising.
  5. Mana –mana al-quran yang telah dibaca mestilah disusun kembali dengan kemas dan teratur di rak-rak yang disediakan.
  6. Para pelajar dilarang sama sekali untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mencacatkan keadaan musolla seperti menconteng, merosakkan dan mengambil harta benda kepunyaan musolla.
  7. Para pelajar mestilah menyidai kain pelikat anda di ampaian yang telah disediakan dengan kemas dan tersusun. Mana-mana pelajar yang gagal berbuat demikian, hartanya akan dirampas.
  8. Beg-beg dan barang-barang anda mestilah diletakkan dan disusun di tempat yang telah dikhaskan.
  9. Selipar-selipar dan kasut-kasut hendaklah disusun dengan kemas dan rapi di rak-rak yang telah disediakan.
  10. Para pelajar juga wajib menjaga kebersihan tandas di musolla. Tandas yang telah digunakan mestilah dibersihkan sendiri oleh pelajar yang menggunakan tandas tersebut.
  11. Para pelajar dilarang berada di musolla pada waktu-waktu yang dilarang seperti pada waktu prep, selepas ‘light off’ dan waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran. Mana-mana pelajar yang didapati berada di musolla pada waktu yang dilarang akan diambil tindakan.
  12. Para pelajar mestilah segera mengambil wudhu apabila azan dikumandangkan, bukannya apabila iqamat telah selesai.
  13. Para pelajar mestilah memakai baju yang telah ditetapkan dan menutup kepala dengan kopiah terutamanya pada waktu antara maghrib dan isyak.
  14. Para pelajar dilarang masuk ke dalam bilik yang berada di kiri musolla kecuali dengan kebenaran.
  15. Para pelajar juga dilarang meninggalkan sebarang harta benda kepunyaan anda di musolla tanpa diambil semula. Jika terdapat barang-barang asing di musolla, barang tersebut akan dilupuskan.
* mana-mana pelajar yang didapati melanggar peraturan-peraturan di atas akn diambil tindakan yang sewajarnya.

0 comments:

Post a Comment

Mengenai Blog Ini

Selamat Datang!

Blog ini adalah merupakan halaman rasmi bagi Badan kerohanian dan Sahsiah SMAP Labu. Ia memaparkan mengenai struktur pentadbiran BSK SMAPL dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Ia juga memuatkan pautan ke halaman milik ahli-ahli BSK SMAPL disamping memaparkan artikel-artikel mengenai Islam dan lain-lain.

Melanggan Blog Ini

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Laman Rasmi Badan Kerohanian dan Sahsiah SMAP Labu

↑ Grab this Headline Animator

Pengikut Blog Ini

Laman Idea

Lokasi Pelawat

Bilangan Pelawat