Program Ihya' Ramadhan

Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, pihak Badan Sahsiah dan Kerohanian (BSK) dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan satub program yang dinamakan Ihya' Ramadhan. Dalam program ini pelbagai aktiviti telah dirancang bagi melahirkan pelajar dan warga SMAP Labu yang peka terhadap kelebihan menghidupkan bulan Ramadhan serta menyedarkan diri tentang adanya balsan baik daripada Allah dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Objektif-objektifnya:
  1. Memupuk diri warga SMAPL untuk menjadi generasi yang cintakan Al-Quran dan mengamalkan Sunnah baginda.
  2. Mengimarahkan bulan Ramadhan dengan ibadah-ibadah.
  3. Membentuk generasi yang sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah.
  4. Mewujudkan suasana mahabbah dan kerjasama dalam diri setiap warga SAMPL.
Aktiviti-aktiviti sepanjang program ini:
  1. Risalah Ramadhan
  2. Radio Ramadhan
  3. Tadarus Al-Quran
  4. Pertandingan: melukis poster/ kembara Ramadhan/ klinik Ramadhan(tazkirah spontan)
  5. Majlis khatam Quran
  6. Ceramah nuzul Quran dan Badar Kubra
  7. Iftar jama'ie
  8. Sumbangan Hari Raya

Mari menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan adalah bulan ibadah, bulan yang mulia dan lebih utama daripada bulan yang lain. Lantaran itu bulan Ramadhan perlu diutamakan, disambut dengan persediaan dan dihayati.

Menyambut Ramadhan

Apabila bulan Ramadhan menjelang tiba, mukmin sejali berkemas-kemas dan bersiap-siap menanti kedatangannya. Mereka menyambut dengan penuh kesukaan, penuh keriangan; penuh kegembiraan dan penuh harapan. Seseorang yang bercita-cita menjadi mukmin sejati juga perlu mencontohi sifat itu.

Memang selayaknya seseorang itu berasa gembira dengan kedatangan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan berkat yang membawa rahmat. Setiap amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan berlipat ganda ganjarannya. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan latihan menjinakkan nafsu yang liar dan mendidik jiwa.

Persiapan yang praktikal menyambut kedatangan Ramadhan ialah:

1. Mengulang-ulang kembali pelajaran yang berkenaan dengan puasa, agar kita memasuki dan menjalani bulan Ramadhan itu dengan pengetahuan yang mantap.
Pelajaran itu seharusnya memberi pengetahuan tentang rukun, syarat, adab, faedah, rahsia dan hikmah-hikmah yang terkandung dalam puasa, qiamullail, tarawih, membaca Al-Quran dan sebagainya.

2. Memperlihatkan kepada sesama kita kesenangan perasaan hati, kegembiraan dan keghairahan menghadapi bulan puasa sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat pernah lakukan.

3. Membanyakkan doa, moga-moga Allah memberikan tenaga kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa. Berharap agar Allah memimpin kita supaya dapat menunaikan puasa itu dengan hati yang jujur dan ikhlas.

4. Menguatkan semangat dan himmah untuk menjalankan latihan dengan sempurna. Bulan Ramadhan ialah bulan ujian dan latihan memerangi hawa nafsu makan, syahwat, tamak dan haloba. Jika nafsu berjaya ditundukkan, mudahlah untuk terus mendekatkan diri kepada Allah dengan membanyakkan ibadah. Seterusnya mensucikan diri dari dosa-dosa serta menghiasi diri dengan pekerti yang mulia.

5. Menyediakan diri untuk menjaga dan memelihara amalan yang akan dilakukan di bulan Ramadhan. Persediaan yang boleh dibuat ialah menyediakan jiwa dan kemahuan yang sungguh-sungguh untuk merebut keistimewaan bulan Ramadhan. Bersedia jiwa untuk meningkatkan amal ibadah dan pengorbanan sempena bulan Ramadhan.

6. Melenyapkan adat tradisi yang memberat dan membebankan. Contohnya berbelanja lebih untuk menyambut bulan Ramadhan. Membeli makanan yang sedap-sedap dan tidak pernah dimakan sehingga sanggup membazir kerana tidak dapat menolak nafsu makan.

Seorang ulamak Salaf menjual jariahnya (hamba perempuan) kepada seorang saudagar hartawan. Ketika hampir menjelang Ramadhan, si jariyah melihat tuannya yang kaya raya itu membeli makanan yang sedap-sedap. "Untuk apa tuan menyediakan makanan ini, sebelum ini tidak pernah tuan mengumpulkannya?" tanya jariah kehairanan. "Untuk bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan tiba," jawab saudagar itu. "Adakah tuan tidak pernah berpuasa selain dari bulan Ramadhan dan tuan hanya mengerjakan puasa Ramadhan untuk bersedap-sedap dan membanyakkan jenis makanan sahaja. Kalau begitu saya tidak dapat bersama tuan, sudilah kiranya tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu." kata jariah dengan tegas.

7. Mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan dengan mengadakan kenduri kesyukuran atau mengadakan sedikit jamuan dan membuat majlis tahlil.

Cara Rasululllah menyambut kedatangan Ramadhan

Nabi SAW menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan beberapa cara:

1. Dengan banyak berpuasa sebelum Ramadhan. Mengerjakan puasa sunat bulan Rejab dan Sya'ban, puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa sunat lainnya. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah:

"Adalah Rasulullah SAW kadang-kadang terus-menerus berpuasa, hingga kami mengatakan, bahawa beliau tidak berbuka-buka, dan kadang-kadang terus-menerus berbuka, hingga kami mengatakan bahawa beliau tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadhan; dan saya tidak pernah melihat beliau banyak berpuasa sebagaimana puasa di bulan Sya 'ban "

2. Rasulullah SAW pada hari akhir dari bulan Sya'ban berceramah (berkhutbah) di hadapan para Sahabat untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman r.a., ertinya:

Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Sya'ban berkhutbah di hadapan kami, maka beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tathauwu'. Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah Syurga. Ramadhan itu adalah bulan membelikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari Neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa sedikitpun berkurang." Para Sahabat berkata: "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orangyang berpuasa!" Maka bersabda Rasulullah SAW: "Allah memberikan pahala ini kepada orang yang memberikan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya merdeka dari Neraka. Barangsiapa meringankan beban dari hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari Neraka. Kerana itu banyakkanlah yang empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk kamu menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah, ialah mengakui dengan sesungguhnya, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohon ampun kepada-Nya. Dua perkara lagi yang kamu sangat menghendakinya; orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga ia masuk dalam Syurga. "

Melalui hadis ini kita boleh mengambil banyak pengajaran danperingatan. Kita boleh mengadakan majlis pertemuan menyambut Ramadhan dengan menghuraikan Hadis tersebut.

3. Mengucapkan tahniah atas kedatangan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahmu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu Syurga, dikunci segala pintu Neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berertilah telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan. " (Riwayat: Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi)

Menghidupkan Ramadhan 

Menghidupkan Ramadhan ialah memuliakan bulan Ramadhan dengan amalan yang bermanfaat. Menghayati puasa, berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Sabda Rasulullah SAW yang ertinya:

"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu. "

Melaksanakan puasa dengan ertikata yang sebenar, bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi menahan diri daripada maksiat dan dosa, menahan hati dari sifat keji dan menahan diri dari menuruti hawa nafsu. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW, bersabda yang ertinya:

"Puasa itu benteng, maka janganlah berkata keji dan janganlah bertekak seperti orang bodoh. Jika seseorang menentang atau memakimu maka hendaklah ia berkata; "Sesungguhnya saya sedang berpuasa, " dua kali. Demi zat yang diriku di tangan-Nya, bau busuknya mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Firman Allah: "Ia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu untuk-Ku dan Aku membalasnya. Setiap kebaikan akan dibalas sepuluh kali ganda."(Riwayat: Bukhari)

Seterusnya memprogramkan diri dengan amal ibadah seperti sembahyang sunat tarawih, membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah dan qiamulail. Beribadah dan beramal di bulan Ramadhan akan mendapat ganjaran pahala berlipatganda. Sabda Rasulullah SAW yang ertinya:

"Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadah setahun dan dia akan bersama ku di bawah panji-panji Arasy; barangsiapa mengekalkan solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diberi satu kota yang penuh dengan nikmat Allah; barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua orang tuanya di bulan Ramadhan, maka akan memperoleh perhatian Allah dengan kasih sayang, sedang aku menjaminnya di dalam Syurga; dan seorang perempuan yang mencari keredaan suaminya di bulan Ramadhan maka baginya pahala sebagaimana pahala Siti Maryam dan Siti Asiah; dan barangsiapa yang menolong keperluan saudara muslimnya di bulan Ramadhan, maka Allah akan menolong seribu keperluannya di Hari Qiamat. " (Dari A nas bin Malik)

Forum Perdana Sempena Israk dan Mikraj

Insyaallah pihak Badan Dakwah dan Kerohanian (BSK) akan mengadakan forum perdana bersempena peristiwa Israk dan Mikraj. Program ini akan diadakan di dewan Sri Bestari pada hari Khamis malam Jumaat bersamaan 2/7/2011. Forum yang akan diadakan ini bertajuk "Peristiwa Israk dan Mikraj: Suatu Pengajaran" yang mana ahli panelnya terdiri daripada para pelajar yang berkebolehan. 

Mudahan dengan adanya program ini peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar menjadi sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


Risalah I'tikaf


Takrif

I’tikaf (الإعتكاف) dari segi Syara’ membawa maksud  المكث في المسجد[1]iaitulah menetap di masjid, [2]على سبيل القربة untuk beribadah kepada Allah, من شخص مخصوص بصفة مخصوص[3] dari seseorang tertentu dengan sifat yang tertentu.

[1] Tarh al-Tathrib 4/166 oleh Ibn al-‘Iraqi
[2] Al-Mufradaat 343 oleh al-Raghib
[3] Syarh Muslim 8/66 oleh al-Nawawi

Dalil pensyariatan 

1. Berdasarkan firman Allah s.w.t.: yang bermaksudnya: “… dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…” (al-Baqarah: 187) 

2. Berdasarkan hadith daripada ‘A-isyah r.’anha yang berkata:

كان صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله عز وجل ثم اعتكف أزواجه من بعده  
Maksudnya: “Dahulunya baginda s.a.w. akan beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dalam bulan Ramadhan sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda beri’tikaf selepas kewafatan baginda.”[1]  

Hukum 

1. Hukum I’tikaf adalah sunat, melainkan bagi orang yang bernazar.[2] Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:

 من نذر أن يطيع الله فليطعه
Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatiNya (dengan melakukan ketaatan tersebut).”[3]  

Ibn ‘Umar r.’anhuma pula berkata:

  يا رسول الله إني نذرت أن أعتكف ليلة في المسجد الحرام فقال النبي صلى الله عليه وسلم: أوف بنذرك  
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah bernazar untuk beri’tikaf di masjid al-Haram. Maka sabda Nabi s.a.w.: Tunaikan nazar mu itu.”[4]  

2. Hukum ini sama antara lelaki dan wanita. Ini berdasarkan perkataan Sayyidah Sofiah r.’anha:

 كان النبي صلى الله عليه وسلم معتكفا في المسجد في العشر الأواخر من رمضان فأتيته أزوره ليلا وعنده أزواجه  
Maksudnya: “Dahulunya Nabi s.a.w. beri’tikaf di dalam masjid ketika sepuluh hari yang akhir dalam bulan Ramadhan, maka saya datang menziarahinya pada suatu malam dan bersama dengan bginda beberapa orang isteri baginda.”[5]  

Perlu diperhatikan, hukum sunat kepada wanita beri’tikaf hendaklah memenuhi beberapa syarat antaranya:
 i.    Mendapat keizinan dari bapa atau suami
ii.    Selamat dari sebarang fitnah (keburukan)
iii.   Selamat dari percampuran antara lelaki dan wanita.  

Syarat-syarat ini berdasarkan kaedah:

 درء المفاسد مقدم على جلب المصالح 
 Maksudnya: “Menolak keburukan didahulukan berbanding mengambil kebaikan.”   

Waktu I’tikaf  

Boleh beri’tikaf pada sebarang hari dalam setahun. Inilah pandangan Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Ahmad.[6] :

 1.        I’tikaf dalam bulan Ramadhan terutamanya ketika sepuluh hari yang akhir adalah lebih diutamakan sebagai mencontohi perbuatan Nabi s.a.w. dan bersungguh untuk mendapatkan Malam al-Qadr (Lailatul Qadr).  
 2.        Sunat memulakan I’tikaf selepas menunaikan solat Subuh kerana ‘A-isyah r.’anha ada meriwayatkan tentang baginda s.a.w. dengan katanya:

 كان إذا أراد أن يعتكف صلى الفجر ثم دخل معتكفه 
Maksudnya: “Adalah Nabi s.a.w. apabila hendak beri’tikaf baginda menunaikan solat Subuh seteleh itu baginda akan memasuki tempat I’tikaf baginda.”[7] 

Al-Qadhi Abu Ya’la berpendapat baginda melakukan perbutan tersebut pada hari ke-duapuluh. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin pula berkata yang bermaksud: “Majoriti ulama berpendapat permulaan I’tikaf (bagi yang hendak beri’tikaf sepuluh hari penuh ialah) pada malam duapuluh satu bukan pada fajar hari duapuluh satu, sekalipun sebahagian ulama berpandangan permulaan I’tikaf pada fajar (selepas Subuh) hari duapuluh satu berdasarkan hadith ‘A-isyah oleh al-Bukhari (seperti hadith di atas). Akan tetapi majoriti ulama menjawab dengan mengatakan Rasulullah s.a.w. menyendiri dari orang ramai (memasuki tempat I’tikaf) selepas Subuh. Adapun memulakan niat I’tikaf (dengan memasuki masjid) baginda lakukan pada permulaan malam, kerana malam sepuluh yang akhir bermula dari tenggelamnya matahari pada hari keduapuluh.”[8]   


Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam al-Majmu’[9]yang bermaksud: “Berkata al-Syafie dan al-Ashab: Sesiapa yang hendak mencontohi Nabi s.a.w. beri’tikaf  pada sepuluh hari akhir bulan Ramadhan. Hendaklah dia memasuki masjid sebelum tenggelamnya matahari pada malam duapuluh satu, agar dia tidak terluput sesuatu, dan dia keluar selepas tenggelamnya matahari malam hari raya, samaada bulan Rmadhan sempurna (30 hari) atau kurang. Dan yang Afdhal dia terus berada di masjid pada malam hari raya sehingga dia solat hari raya. Atau dia keluar dari masjid ketika dia keluar menuju ke Musolla (tempat solat hari raya di padang), jika solat hari raya di lakukan di Musolla.”  

Tempoh Paling Kurang Melakukan I’tikaf

1.        Seketika. Inilah pandangan majoriti ulama termasuk Mazhab Hanafi, Syafie dan Ahmad. Majoriti ulama berhujah dengan beberapa dalil antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah daripada Ya’la bin Umaiyah r.a. yang berkata:

  إني لأمكث في المسجد الساعة ، وما أمكث إلا لأعتكف  
Maksudnya: “Sesungguhnya aku akan tinggal di dalam masjid seketika, aku tidak tinggal di dalamnya melainkan untuk beri’tikaf.” 

Ibn Hazm berhujjah dengan hadith ini dan hadith ini juga disebut oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-Fath dan beliau tidak memberi sebarang ulasan tentangnya.
[10]   

2.        Sehari, berdasarkan satu riwayat Abu Hanifah dan sebahagian pandangan ulama Mazhab Malik.           

Tempat I’tikaf  

 1.        Tidak sah I’tikaf melainkan di masjid berdasarkan firman Allah s.w.t. yang maksudnya: “…dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…” (al-Baqarah: 187)   

Kata al-Hafidz Ibn Hajar tentang ayat ini: “Sekiranya boleh (beri’tikaf) selain dari masjid, Allah tidak akan mengkhususkan larangan bersetubuh dengannya. Ini kerana jima’ menafikan I’tikaf dengan kesepakatan ulama. Maka diketahui dari sebutan masjid (dalam ayat di atas) membawa maksud tidak dilakukan melainkan di dalam masjid…”   

I’tikaf tidak terhad kepada tiga buah masjid sahaja (Masjid al-Haram, Nabawi dan al-Aqsa) berdasarkan pandangan majoriti ulama. Bahkan boleh dilakukan dimana-mana masjid. Al-Imam al-Bukhari ada mengisyaratkan perkara ini dari bab yang diletakkannya di dalam kitab Sahih beliau iaitulah: “Bab I’tikaf Pada Sepuluh Yang Akhir dan I’tikaf di Semua Masjid berdasarkan firman Allah: “…dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…”  

Al-Syeikh Muhammad bin Solah al-‘Uthaimin pula berkata: “…Firman Allah: “…dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid…” lafaz masjid di dalam ayat ini adalah umum kepada semua masjid di seluruh alam. Ayat ini pula datang pada akhir ayat puasa yang merangkumi hukumnya kepada semua umat di seluruh alam, ia berupa bicara kepada sesiapa yang ditujukan puasa… maka jauh sekali (dari memungkinkan) untuk Allah mengajukan bicara kepada umat (semuanya)  dengan bicara yang tidak merangumi (semua mereka)  melainkan jumlah yang paling sedikit dari kalangan mereka… adapun hadith dari Huzaifah bin al-Yaman r.a. yang menyebut: “Tidak ada I’tikaf melainkan di tiga buah masjid” ia membawa maksud tidak ada I’tikaf yang paling baik dan sempurna, hadith ini tidak menafikan sah I’tikaf di selain tiga masjid tersebut.”[11]   

Beberapa Petunjuk Nabi Ketika Beri’tikaf  

1.       Baginda tidak keluar dari masjid melainkan kerana hajat yang perlu dilakukan oleh seseorang insan. Seperti buang air dan seumpamanya.[12] 
2.        Baginda sentiasa menjaga kebersihan diri ketika berada di dalam masjid. Termasuk dibenarkan kepada orang yang beri’tikaf mandi, mengenakan wangian, mencukur, berhias kemas, menyikat rambut. Majoriti Ulama mengatakan tidak dimakruhkan apapun melainkan perkara yang dimakruhkan di dalam masjid.[13]
 3.       Baginda tidak menziarahi orang sakit dan jenazah ketika beri’tikaf, demikian juga tidak bersama dengan isteri dan baginda tidak akan keluar dari masjid melainkan jika ada keperluan mendesak sahaja.[14]
 4.        Kadang-kadang isteri baginda akan datang ke masjid menziarahi baginda, mereka berbicara. Apabila isteri baginda hendak pulang, baginda akan bangun dan menghantar ke pintu masjid.[15] 

Wassalam.

[1] H.R. al-Bukhari dan Muslim daripada ‘A-isyah r.’anha
[2] Sila lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 5/207
[3] H.R. al-Bukhari daripada ‘A-isyah r.’anha
[4] H.R. al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn ‘Umar
[5] H.R. al-Bukhari dan Muslim
[6] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 5/208
[7] H.R. al-Bukhari dan Muslim
[8] Fatawa al-Siyam, hal: 502
[9] al-Majmu’ 6/323
[10] Al-Syeikh Bakr Abu Zaid di dalam La Jadid fi Ahkam al-Solah menyebut hadith yang tidak diulas oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari adalah hadith yang sahih atau Hasan.
[11] Nukilan dengan sedit ubah-suai yang tidak mengubah maksud. Sila lihat Fatawa al-Siyam, hal: 493
[12] H.R. al-Bukhari dan Muslim
[13] H.R. al-Bukhari dan Muslim
[14] H.R. Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani
[15] H.R. al-Bukhari dan Muslim

Senarai Buku-Buku di Maktabah Ibnu Katsir



Bil.
Judul
Kuantiti
No.Daftar
1
Tasir al-Quran al-A’zim lil Imamaini al-Jalilaini
1
01/2011
2
Panduan Lengkap Mencari Ayat-Ayat al-Quran Berdasarkan Kata Dasar
1
02/2011
3
Terjemahan Singkat Tafsir Ibn-Katsir (Jilid 1)
1
03/2011
4
Terjemahan Singkat Tafsir Ibn-Katsir (Jilid 2)
1
04/2011
5
Terjemahan Singkat Tafsir Ibn-Katsir (Jilid 4)
1
05/2011
6
Terjemahan Singkat Tafsir Ibn-Katsir (Jilid 5)
1
06/2011
7
Terjemahan Singkat Tafsir Ibn-Katsir (Jilid 6)
1
07/2011
8
Syamail Muhammad S.A.W
1
08/2011
9
Al-Muwatha’ (Jilid 1)
1
09/2011
10
Al-Muwatha’ (Jilid 2)
1
10/2011
11
Ringkasan “at-Tarngib wa at-Tarhib”
1
11/2011
12
Shohih Fadhail A’mal
1
12/2011
13
Hadith Qudsi
1
13/2011
14
Fadhail A’mal
1
14/2011
15
Syarhu Hisnul Muslim
1
15/2011
16
Perjalan Hidup: Empat Khalifah yang Agung
1
16/2011
17
Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad S.A.W
1
17/2011
18
Kisah Para Nabi Tauladan bagi Orang Berakal
1
18/2011
19
Enskilopedia Adab Islam (Jilid 1)
1
19/2011
20
Enskilopedia Adab Islam (Jilid 2)
1
20/2011
21
Pendidikan Anak dalam Islam (Jilid 1)
1
21/2011
22
Pendidikan Anak dalam Islam (Jilid 2)
1
22/2011
23
Majalah Solusi (Isu 12)
1
23/2011
24
Majalah Solusi (Isu 15)
1
24/2011
25
Majalah Solusi (Isu 17)
1
25/2011
26
Majalah Solusi (Isu 21)
1
26/2011
27
Majalah Solusi (Isu 22)
1
27/2011
28
Majalah Solusi (Isu 24)
1
28/2011
29
Majalah Solusi (Isu 25)
1
29/2011
30
Majalah Solusi (Isu 19)
1
30/2011
31
Majalah Solusi (Isu 27)
1
31/2011
32
Majalah Solusi (Isu 14)
1
32/2011
33
Majalah Solusi (Edisi Ulang Cetak)
1
33/2011
34
Kitab Fikah Mazhab as-Syafie’ (Jilid 1)
1
34/2011
35
Kitab Fikah Mazhab as-Syafie’ (Jilid 2)
1
35/2011
36
Kitab Fikah Mazhab as-Syafie’ (Jilid 3)
1
36/2011
37
Kitab Fikah Mazhab as-Syafie’ (Jilid 4)
1
37/2011
38
Kitab Fikah Mazhab as-Syafie’ (Jilid 5)
1
38/2011
39
Kitab Fikah Mazhab as-Syafie’ (Jilid 6)
1
39/2011
40
Kitab Fikah Mazhab as-Syafie’ (Jilid 7)
1
40/2011
41
Kitab Fikah Mazhab as-Syafie’ (Jilid 8)
1
41/2011
42
Perangkap Syaitan
1
42/2011
43
Apa Ertinya Saya Menganut Islam?
1
43/2011
44
Soal-Jawab Remeh Temeh (Taharah)
1
44/2011
45
Soal-Jawab Remeh Temeh (Solat Bahg.1)
1
45/2011
46
Soal-Jawab Remeh Temeh (Solat Bahg.2)
1
46/2011
47
Soal-Jawab Remeh Temeh (Zakat)
1
47/2011
48
Soal-Jawab Remeh Temeh (Umrah dan Adab Ziarah Madinah)
1
48/2011
49
Soal-Jawab Remeh Temeh (Akidah)
1
49/2011
50
Soal-Jawab Remeh Temeh (Isu Semasa)
1
50/2011
51
Soal-Jawab Remeh Temeh (Salah Faham tentang Islam)
1
51/2011
52
Soal-Jawab Remeh Temeh (Mua’malat)
1
52/2011
53
Soal-Jawab Remeh Temeh (Puasa)
1
53/2011
54
Iqra’ (Jilid 1)
2
54/2011
55
Iqra’ (Jilid 2)
2
55/2011
56
Iqra’ (Jilid 3)
2
56/2011
57
Iqra’ (Jilid 4)
2
57/2011
58
Iqra’ (Jilid 5)
2
58/2011
59
Iqra’ (Jilid 5)
2
59/2011




Alhamdulillah, maka hampir genaplah setahun penubuhan Maktabah Ibnu-Katsir dengan segala usaha dan penat-lelah mereka yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Jadi, selama hampir setahun pelbagai jenis buku telah dapat diletakkan di dalam Maktabah sama ada dengan membeli buku-buku itu atau melalui pemberian ikhlas daripada ibu-bapa pelajar sendiri.

Penubuhan maktabah ini adalah bertujuan untuk menjadi salah satu tempat untuk para pelajar menambah ilmu pengetahuan dan mengisi mada lapang pelajar dengan perkara-perkara yang berfaedah. Diharapkan penubuhan maktabah ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutamanya dari kalangan pelajar sendiri.

Mengenai Blog Ini

Selamat Datang!

Blog ini adalah merupakan halaman rasmi bagi Badan kerohanian dan Sahsiah SMAP Labu. Ia memaparkan mengenai struktur pentadbiran BSK SMAPL dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Ia juga memuatkan pautan ke halaman milik ahli-ahli BSK SMAPL disamping memaparkan artikel-artikel mengenai Islam dan lain-lain.

Melanggan Blog Ini

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Laman Rasmi Badan Kerohanian dan Sahsiah SMAP Labu

↑ Grab this Headline Animator

Pengikut Blog Ini

Laman Idea

Lokasi Pelawat

Bilangan Pelawat